Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan hampir melabuh tirainya..

Owh dah berhabuk gamaknya! Diam tak diam dah 23 hari kita berpuasa, tinggal tak berapa hari lagi kita nak raya.. Sedih jugak meninggalkan ramadhan..

Cerita pasal raya, asik nengok orang shopping raya macam org gila! Adoi! Seronoknya mereka-mereka yang dapat duit raya, aka gomen! Aku ni nak harap sape bagi duit raya? Hah, lu pikir la sendiri!

Tahun ni juga genaplah 14 tahun, arwah nenek ku 21 ramadhan 1997, dan atuk ku.. 30hb oktober 1997, kehilangan 2 insan yang amat kami sayang dalam tahun yang sama.. Kembali ke rahmatullah, Al-fatihah.. Perginya tiada galang ganti.. Walaupun pemergian mereka ke hadrat ilahi sangat memberi kesan kepada kami semua, tapi ia tetap menyatukan anak-anaknya (my mamas's siblings). Kami semua masih berkumpul setiap hari raya, tidur beramai-ramai di hall depan, makan dalam talam ala-ala ambeng.. Pergi menziarah kubur beramai-ramai, pergi jalan-jalan raya beramai-ramai.. Dan kerana itulah juga, aku masih ada tempat untuk dipanggil kampung.. Tak tahulah berapa lama lagi.. Mudah-mudahan kekal sehingga ke akhirnya...

Dan, tahun ini jugalah, tahun pertama meraikan hari raya dengan anak dara kecilku.. Auni dah 8 bulan dan sedang aktif merangkak kesana kemari.. Aktiviti wajib, angkat badan, berpaut pada segala perabot dekat setiap sudut rumah.. Pastu sengeh-sengeh nak dukung.. Alahai auni.. Memang benarlah cakap orang, anak adalah racun dan madu.. Bila dah jadi mak barulah tahu perasaan mcm ni.. Dan bila dh jadi mak pak ni la, baju anak jadi keutamaan, baju aku dgn laki aku takde takpe, janji anak ganti baju baru.. Hai.. Sayangnya la dekat anak.. Macam mana orang bleh tergamak buang baby dkt tong sampah! Akaii ada ka??!
Persiapan untuk auni alhamdulilah, sekadar yang termampu, dapatlah baju kurung 2 pasang, dan beberapa pasang gown.. Lagipun dlm bulan syawal ni jugak makteh auni nak kahwin.. So haruslah ada baju extra..
Persiapan lain, cuma ala kadar sahaja, apa yang ada tu kami cuci dan pakai, yang dh beli lama tu keluarkan dan pakai, haruslah ekonomi.. Adoii.. Tu lah org kerja sendiri.. Bisnes masih baru.. Jadi tak baik berbelanja kasar! :p
Kuih-muih pulak haruslah buat sendiri! Saving lagi.. Akakakakak..

Keseronokkan hanya untuk anak menyambut raya, untuk berkumpul dengan saudara mara.. Itulah nilai hari raya untuk aku yang menjadikan aku semangat nak beraya.. Pergi berjalan-jalan malam tengok pelita keliling kampung.. Alahaiiii..!! Girang hati!

Anyway, kepada seluruh umah islam, selamat menyambut aidilfitri.. Dan memanfaatkan ramadhan yang masih bersisa dengan sebaiknya..kerana mungkin in ramadhan terakhir..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 26, 2011

Tiupkan aku semangat baru...

Aku selalu memikirkan segala tindak tanduk, kata-kata yang aku lontarkan, perilaku yang aku tingkahkan.. Tapi setiap kali itu jugalah aku akan tersilap langkah.. Dengan setiap gerak-geri yang hati-hati itu jugalah sentiasa aku rebah dan kalah dengan dugaan yang maha kuat..

Terlalu kerap memikir.. Buruk baik segala tindakan.. Terlalu asyik memikir untuk berbakti untuk orang-orang sekeliling, tapi kerana keasyikan itu, selalu aku tewas dan usaha ku sia-sia memakan diri sendiri.. Dan kini, akhirnya aku terpaksa menelan kepahitan, memamah segala salah laku walau dengan niat yang tulus dan semua semangat aku menjadi abu.. Adakah salah takdir atau salah percaturan sendiri...

Hilang semangat ku.. Rasa longlai seluruh tubuhku.. Sesak dada,.. Sejuk seluruh jari-jemari.. Menghitung segala detik.. Berkira-kira bila agaknya nasib akan berubah.. Mengharap ehsan dan belas yang entah bila akan pudar... Mencuba untuk mengubah hidup tapi menjadi beban..tetap menjadi parasit..
Salah siapa? Salah mereka yang menipu? Atau salah aku? Takdir yang tidak adil? Atau aku tak mengadili diri sendiri, dan mentadbir diri dengan baik..

Aku mengharap mentari, mencari sinar disebalik kegelapan dan kesuraman ini.. Entahkan hari ini, entahkan esok.. Entah bila akan berakhir semua ini..entah bila semua ini akan berubah..
Terus mengharap dan menanti yang tak pasti...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 16, 2011

Fakta : Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah!

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. 

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsikan sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaranhaid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1) : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2) : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3) : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4) : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 15, 2011

Aku sedang duka..

Sejak dua menjak kebelakangan ni.. Hari-hari aku di rudung duka.. Satu perasaan yang cukup-cukup kecewa, dan tak bermotivasi..
Banyak benda yang diharap, dicita-citakan yang ditunggu..semuanya belum menjadi kenyataan.. Alhamdulilah, masih diberi rezeki dan rahmat dari allah dengan kudrat yang masih kuat untuk ku kerah demi mencari rezeki dan keredhaan allah, kesihatan yang baik untuk ku teruskan usaha dan bisnes kecil-kecilan yang ku mulakan, keluarga yang lengkap.. Memang tiada cacat cela hidup aku, aku sangat bersyukur.. Dalam kekurangan yang aku rasakan, sebenarnya aku lebih kaya dari mereka yang tak kenal siapa keluarga mereka.. Lebih kaya kerana masih diberi kesempatan untuk berusaha walau entah keberapakali aku tersungkur, terduduk menelan kegagalan.. Mahu saja aku merintih, tapi untuk apa dan untuk siapa? Telah berkali juga aku bangun dari kegagalan..tersungkur.. Terduduk, menelan segala pahit maung kegagalan..bertanya apakah aku mampu bangun semula dari kegagalan ini..tetapi setiap kali itulah aku bangun.. Dan setiap kali itulah aku bertanya tak cukup lagikah apa yang aku usahakan? Tak cukup lagikan keringat, air mata dan pengorbanan yang telah aku buat? Dimana silapnya? Tolonglah beritahu dimana silapnya? Kenapa aku masih belum mencapai puncak jaya?
Adakah aku orang yang gagal? Gagal mengenal potensi diri sendiri? Atau gagal mengambil peluang?

Aku perlukan tunjuk ajar, jadi berilah aku tunjuk ajar, pukullah aku bila perlu supaya ilmu itu masuk ke setiap ruang zarah otak ku. Aku perlukan pengalaman jadi aku perlu membuat segala kesilapan supaya aku kenal erti belajar dari pengalaman.. Aku perlukan motivasi untuk menggerak segala sendi dan kekuatan jati diri ini..
Dan aku perlukan semangat untuk aku gerakkan setiap satu anggota dari tubuh badanku..untuk melawan kata-kata negatif yang selalu menyesakkan dadaku..

Soalnya bila semangat juang aku ini akan kembali?

Wahai hati yang duka.. Zikirlah.. Hanya itu ubat untuk kedukaan.. Kerana setiap rintihanku, kesedihanku, dan keluh kesahku.. Hanya Dia yang maha mengetahui.. Segala sesuatu yang dibumi dan disegenap pelusuk alam.. Dan aku pasti Dia punya perancangan yang baik untuk aku di masa depan..
Aku perlu belajar bersyukur.. Dan terima hakikat, hidup yang aku lalui adalah yang terbaik untuk aku..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 24, 2011

Ingatan untuk yang ada anak-anak kecil.. Dan semua sekali...

Jangan tegur kanak² atau baby selepas balik dr ziarah org meninggal ⁠

Ni aku dapat dari kwn aku n aku rasa aku patut share ngan korang² sume.. Sama-sama la kita ingat-mengingatkan..

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.


Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan suami mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura, apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar

Dah baca kan? Sila share around! Yang baik jadikan pedoman, sharing is caring!

Thanks to AANS!
Source: facebookaans/blogspot
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 22, 2011

Besarnya makna doa yang kita lupakan..

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

 Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.. 

Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 

Warfa'nii (angkatlah darjatku)  

Warzuqnii (berilah aku rezeki) 

Wahdinii (berilah aku petunjuk) 

Wa'Aafinii (sihatkan aku) 

Wa'fuannii (maafkan aku) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 5, 2011

Birthday gift..

Celebrating birthday with 4 movie passes with TGV! Yeah! For the first ever, dpt 4 free passes from Nuffnang and TGV cinema..! Waa gembira rasa hati!!

Sudah lama berhajat nak bermovie-an bersama incik husband yang asik sibuk jer! So, better make us of the free passes!

Thank you TGV and Nuffnang for the birthday gifts! Awesome!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.