Monday, January 31, 2011

Hujan owh hujan...

Owh.. Sejak berapa hari lepas.. Cuaca asik mendung.. Baju di ampai tak kering-kering plak tu.. Ish.. Ish.. Komplen jer aku ni.. Nasib baik tak banjir.. Kawasan ni kerap jugak banjir suatu masa dahulu..

Dah cuaca yang tak berapa nak best utk ampai kain.. Atau aktiviti lain2.. Satu jer aktiviti yang best, iaitu.. Aktiviti tarik selimut tidoq!! Waaa itulah satu2nya aktiviti yang sgt best dgn cuaca mcm ni.. Anak aku plak.. Sedap jer dlm cuaca sejuk2 ni asik tido jer.. Nyenyak plak tu.. Mcm dlm aircond.. Bagus jugak cuaca sejuk.. Save bil letrik.. Maklumlah.. Anak aircond jugak rupanya anak aku.. Maklumlah lahir2 pun aircond.. Dia dah ter' sedap' dlm aircond.. Alahai-alahai.. Pengsan la mummy asik nak aircond jer auni..

Ooowh by the way.. Aku dah lepas dari kurungan! Yahoooo!! Hari rabu, 26hb tu aku cukup 6 minggu.. Mengikut western medicine, cukuplah waktu aku! Akakakkakaka.. Klu org melayu.. Aku dh bagi diskaun 2 hari.. Hahahahahaha.. Takpelah.. Aku penat duduk dlm kurungan dah.. Sian kat aku! Walaupun dh full moon aku masih lagi la jaga makan.. Tak ler melampau2 sgt aku makan.. And pasal bersalin cesar, aku barulah terhegeh2 berbengkong.. Orang dah lepas bengkong.. Aku baru nak start.. Takpelah janji bahagia.. Nak turunkan 15kg lagi.. Banyak tu!!! Entah bila ntah aku nak menjenguk baju kebaya aku balik..

Tulis punya tulis.. Aku dah sangap bape kali.. Moh le tarik selimut lagi...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 24, 2011

Saya home maker dan saya membantu suami saya.. ?

Ye, saya duduk rumah dan menolong suami saya financially and emotionally..
Mesti ada yang pelik.. Bertanya apa yang aku merapu ni? I helped my husband financially. Macam mana tu? Memang sy tak berkerja.. Maklumlah, buat kerja mcm sy yg bekerja sendiri, kalau ada event ada lah income, takde job.. Takdelah income.. Sy membantu suami sy dgn menyusukan anak saya dengan susu badan,.. Macam mana sy membantu? Dengan memberi anak sy susu badan sy telah membantu suami sy untuk mengurangkan perbelanjaan untuk membeli susu. Dan membantu mengurangkan budget suami sy untuk perbelanjaan childcare..
Dengan memberi susu badan juga akan mengurangkan anak dari kerap jatuh sakit. Itu juga membantu suami saya dr kering poket. Jadi.. Sedikit sebanyak sy telah membantu, dan menyumbang kepada ekonomi keluarga.. Dan emotionally, sbg home maker, sy sentiasa berada dirumah.. But I'm not a typical housewife.. Selalu org pandang rendah sgt pd org tak kerja.. Org duduk rumah tak semestinya bodoh and naïve ok? Siapa kata home-maker, housewife tak menyumbang apa-apa? Sebenarnya sedikit sebanyak ada jugak sumbangan kepada keluarga, jd para-para suami, tolonglah hargai pengorbanan isteri yang tak berkerja..yang telah membantu anda berjimat utk bayaran child care, membeli susu, dan berjimat utk medical bills.. Dan tanpa disedari, anda juga telah berjimat dlm banyak segi, rumah terurus, baju siap cuci, gantung, lauk dah tersedia, anda save dari membeli lauk dkt luar, dan jimat dr pg dobi..dan jimat dr mempunyai org gaji yang hampeh! Lagi bonus, anak diasuh sendiri dengan air tangan ibunya.. So, save tak!? Save kan? Wah, siap dapat saham akhirat sekali! :p

Aku rasa tersindir sbb tak bagi anak susu botol.. Banyak juga bunyi, suara2 yg ckp suruh aku bagi anak susu botol, biar senang nak tinggal.. Memang aku tahu itu satu sacrifice, tapi salah ker aku nak bagi anak aku susu badan aku sendiri? Lagipun, kan anak aku, bukan ker aku ada hak untuk berikan kebaikan dr susu badan yang dah terbukti baik untuk anak? Takkan itu jugak jd satu issue? Anak aku badan dah semangat minum susu badan, pg jumpa pediatrician pun, doktor senyum.. Sgt2 menggalakkan susu badan.. Susah nak tinggal..? Mmg la aku tak nak tinggal-tinggalkan, anak aku.. Itu satu sacrifice, kalau aku nak kerja dah tentulah aku kena tinggalkan anak.. Tp skrg ni sbb aku tak kerja, jadi sacrifice aku dr segi kewangan..dan pd diri sendiri.. Aku mmg tak suka diam diri, berharap jer dkt laki menghulur tiap2 bulan, and btw, bukan aku ni tak ligat carik duit.. Cukup2lah asik dgr ckp2 org, asik tak puas hati jer.. Aku dh penat dah.. Dr tak kawin, sampai dah kawin, dr takde anak, sampai dh ada anak.. Ade ajer suara sumbang.. Fyi, sy takkan susahkan anda,.. what I do is totally my choice.. So please adhere and respect that.. And for now it is in the best interest for my baby... She is, my first priority, and foremost.. I don't wanna punish myself for a lousy childcare, and regret.. Kalau kita mmg selalu tengok dan cari yang salah.. Memang yang salah aja yg kita akan nampak..
Apa lagi harta yang aku ada selain anak? Suami? Selagi masih sayang.. Kawan-kawan? Kalau harta dunia aku takde.. Mungkin aku boleh cari, tp 'kesempurnaan'kah yang aku cari?

Banyak pun tak cukup, sikit pun kalau ada..alhamdulilah.. Duit takde boleh carik.. Yang penting bersyukur.. Pada aku, tak guna carik dunia, kalau tak dpt akhirat skali.. Aku nak dua-dua.. Keseimbangan.. Everything in moderation.. Kepada yg against breast feeding.. Think again.. Sy bukan prejudice.. Tp ianya pilihan sy.. Mmg byk susu formula dkt pasaran.. Tp sy sayang duit dan sayang anak..

Jd renung-renungkanlah.. Dan selamat beramal!


**Kepada Mr.Hubby,.. Hargailah sumbangan yang tak seberapa ni..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 12, 2011

1st entry of the year.

Tahun baru sudah 12 hari menginjak meninggalkan kita.. Diam tak diam.. Hari ni.. Auni dah cukup 4 minggu.. Dan lagi 3 hari cukuplah umur Auni sebulan.. Alhamdulilah, cepat anak mummy ni besar kan?! And auni dah berat, 4.5kg.. Dalam masa sebulan dah double berat auni.. Wah... Patutlah tangan tak larat nak angkat auni.. Dah bam bam.. Bak kata aunty kan..

On monday dah pergi check up, sbb auni ada noisy breathing.. Kesian dia.. Rupanya terkena virus..selsema yang entah datang dari mana.. So, terpaksalah dengan ringan mulut mummy dan serba salah, mengingatkan semua yang datang supaya tak cium-cium auni.. Bcoz auni is very small and very vulnerable to virus.. And the only virus yang auni dah immuned is mums and dads.. Tapi utk kebaikan auni, and ease of mummy's worry.. Let mummy be the bad guy..

Owh yer.. Ape kes badan aku tak turun-turun ni!? Masa pregnant hari tu 84kg.. Skg masih 68kg.. Bila nak turun lagi ni? Kena dpt weight before pregnant,... 13kg to loose.. Wah byk tu!!! Puasa la aku nampaknya!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.