Thursday, December 30, 2010

Auni... My little precious ones..

Owh auni is 14 days today.. Alhamdulilah.. Days are just countless.. Masih tak percaya lagi aku dah menjadi ibu.. Sakit yang masih terasa..

Auni, kuat sangat minum susu badan.. Rajin kejutkan mummy dgn papa bangun malam.. And she poops a lot, and so frequent.. She is my little pooping machine... Inilah cabaran menjadi 'new parents'.. Berjaga malam.. Dan barulah aku tahu erti selfless.. Memang berbaloilah aku dah puas honeymoon 3 tahun.. Dah puas tido.. Akakaka.. Barulah aku hargai nikmat tido..

Auni is daddy's little girl, sangat clingy.. Nak kepit dgn papa jer.. Nasiblah papa rajin layan auni.. Auni asik nak cuddle.. Notty ni tanak duduk dlm cot.. Tp auni tetap sporting.. Mummy n papa nak makan, pandai dia dia tido dlm cot.. That's my girl!

Hubby is being supportive, as always, even in the busiest time of his rising career.. Insya allah.. Prayers and support from your two babies will always be with u.. Hubby rajin menolong, berjaga malam walaupun pagi-pagi kena kerja.. And alhamdulilah.. Auni gets her bath and laundry dah siap sblm hubby keluar rumah.. Untungnya aku, bersyukur ke hadrat ilahi.. Makan pulak, hari2 mil hantar.. Wah! Bertuah badan! Terima kasih mak!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 16, 2010

13 grueling hours..

14th Dec 2010-

7.00pm
Doctors appointment, konon2 masa appointment, sblm keluar rumah, ckp dgn hubby, kita masak nasik dulu.. Nti balik bleh beli lauk siap. So keluar la, pg check doktor.. Baby dh dkt seminggu dlm perut tak berapa aktif... Sbb dtg awal kan.. So aku lah org ptama yg masuk.. Check punya check, according to the doctor, uri dh too ripe, too matured and not good anymore.. So terus pecahkan air ketuban.. Jd dah pecah air ketuban, ape lagi? Basah lencun la.. Dah sah kena tahan.. Ckp dlm hati biarlah bsalin normal cepat2.. Cepat sikit bleh balik umah.. Maklumlah, agak kelaparan gak la..
So, masuk dkt ward, of course la kena drip.. Induce biar cepat..


10.00pm
Dah makan, dah kenyang.. Igtkan relax2 jer.. Tunggu dh sakit nak bsalin, baru bwk pg delivery room, rupanya terus kena tolak masuk delivery room.. So, aku dan hubby berkampung laa jawabnya..
Dilation 3cm. Its gonna be a long night...

15th Dec 2010-

12.30am-3.00am
Doktor dh arahkan ctg, monitor heart rate baby.. Semuanya mcm ok.. Tp bukaan masih lg 3cm.. Drip dah masuk botol ketiga... Puas la aku kena jolok2.. Igtkan dh bukak jalan rupanya..? Masih tang tu jugak.. Aku dh mula frust dah! Sakit? Jgn tanya, tuhan je yg tahu sakitnya!!

5.00am
Tunggu punya tunggu, sampai aku dh penat.. Masih takde progress, pastu aku kejap2 nak pg tandas.. Lebih kurang lepas setengah jam, asik nak ke tandas.. Buang air kecik berkali2, buang air besar sampai bersih la bowel and perut aku.. Doktor pun sampai memberi berita yg agak mengecewakan.. Baby dh lemah, and almost drowning, dah going back to sleeping mode.. Berderau darah aku dgr, nak gugur jantung.. Dh takde cara lain selain caesar/c-sec/ bedah.. Ooo takutnya!!

6.35am
Selepas berbincang dgn doctor, dan dah kena observe... Aku pun have a moment to talk dgn hubby.. Aku dh meleleh air mata dah.. Memikirkan anak dlm perut ni, takut2 lemas...

7.00am
Masuk operation theatre.. Owh hati rasa macam nak keluar dr badan.. Takut!!! Tp anak dlm ni, lebih lg dirisaukan... Hubby dtg, pegang tangan, alhamdulilah, dia sentiasa disisiku, dlm keadaan genting.. Dan dia tetap menemani aku dlm o.r.
baby dah tak gerak.. Masuk dlm tu, aku dh kena bius separuh badan, tak rasa dah kaki ker, perut ker kena godak2.. Semua jenis doa aku dh baca, akhirnya cuma tawakal dan harapan yang aku pohon..


7.26am
Keluarlah sekujur tubuh kecil yg tak bermaya, tanpa sebarang tangisan... Badan, kaki dan muka yang dah pucat dan separuh biru.. Aku dgn hubby dah sama2 menangis, aku yg dlm keadaan separuh sedar, sedih, terharu, semua perasaan bercampur dalam satu masa.. Akhirnya, tangisan pertama.. Ya allah, alangkah leganya.. Maha besar allah, aku sudah punya keturunan.. Setelah 9 bulan.. I can call myself 'complete'... Alhamdulilah..

**************************
Perasaan campur baur, dan perasaan tak percaya, betul ker aku dh ada anak?
My lovely little princess.. Auni Darwisyah Zalia.. U are truly my destiny.. Semoga nama mu anak seindah maknanya.. Auni, kelembutan dan ketenangan.. Darwisyah, ahli tasauf.. Dan zalia dari nama mummy.. Doaku untukmu anak, membesarlah menjadi insan yang soleh dan tawaduk.. Insya allah..

Auni Darwisyah Zalia, penutup kisah derita mama dan papa mu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 12, 2010

Dinner is served!

Huh.. Makan jer kerja mak buyong ni! Ini la trouble for the idea of eating for 2.. For 2 la sgt! Berat dh berkampit2 beras ni! Bahaya!

Anywho... For my beloved kerry, this is the recipe.. Poyo kan..kita.. Mcm terer sgt.. Tp saja2 nak share..

Ok to prepare the meat.. A day/night before.. Daging.. Kalau boleh carik daging batang pinang.. Kurang lemak skit.. Btw kalau beli daging yg fresh adalah lebih baik di ketuk2 dulu guna batu lesung..(Nama pun melayu, macam la ade meat tenderiser tool sgt) Dia leper kejap jer.. Tapi takpe.. Bila marinade, it will suck all the flavours.. In my case, guna daging qurban, so the meat is still very new..Marinade overnight, letak, garam, gula, freshly pounded blackpepper dan garlic, gaul semua sambil ketuk2 sikit daging tu bagi dia tender.

Then, masa nak masak ni, kita guna oven prove pan.. Panaskan pan letak olive oil, sear the meat, goreng, pusing2 kan dia, dan pastikan oven dah preheat to 180 degrees, dan biarkan dlm masa 30minit..** kita masukkan oven prove pan ni dlm oven.. Check if the meat is tender enough.. And let it to rest sekejap.. Biar dia serap semua juice.

Sementara tunggu daging to relax, boleh la boil kentang buat mash... Bila kentang dh lembik, bleh la mash, letak butter sikit, and garam secukup rasa and pepper.. Klu nak lemak lg letak fresh cream!! Yum yum! Hancur diet mcm ni!
Dan steam vege.. Choices today ada carrot, kacang and cauliflower.. Bring all to boil.. Salt and pepper to taste.. Yum yum... Bau pun best!

Bila dah settle mash, steam vege, mari buat home made gravy plak.. Ok daging yg dg rest tu alihkan ke pinggan... Pan with the oil and the meat juice tu jangan buang dulu..
Panaskan pan tu atas api medium, bila dh macam boil sikit letak butter about 2 spoon, pastu biar dia agak keperangan... Letak stock..using a cup of beef stock biar sampai gravy ni dh reduced sikit...bila dh reduce letak fresh cream.. Agak2 gravy ni dh mula memekat.. Tutup api dn alihkan. Boleh tuangkan kat atas daging..

Simple kan? So, there goes my qurban meat.. Alhamdulilah sedap... Digunakan dengan baik.. Semoga tahun depan ada rezeki makan daging qurban lagi.. Insya allah.. Good luck!

**P.s please pray for my labor... I'm due anytime.. :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 3, 2010

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 1, 2010

False alarm lg ke?

Menghitung hari yang tinggal tak berapa hari lagi..

Usia kandungan dah cukup 38minggu.. Tp mcm tak muncul tanda-tanda yg sakit2 seperti semua org sibuk ckpkan.. Btw my 'pregnant buddy' yang sama-sama mengandung waktu yang sama dah pun deliver a boy, Jayden, on 30th of November.. So happy for her..

Dan aku? Masih lg keliru.. Tak tahu bila.. Masih menunggu dan terus menunggu... Sakit? Kejap2 mcm sakit.. Kejap2 mcm tak sakit?! Aku pun confuse... Tak tahu yg mana satu.. Betul2 nak pg labour ker? Atau braxton hicks contraction? Nti pg hospital.. False alarm lg.. Penat jer.. Aku dh super excited pastu tetiba blom masa.. Lgpun 1st pregnancy.. Mcm la aku tahu sgt mcm mana sakit nak labour..

Mcm mana tak super excited, baby cot pun dah pasang.. Nak kata baby ni nak tunggu atok n nenek balik.. Dah pun atok n nenek balik haji, balik dr doha..tgh cuti.. So baby? Amacam? Mummy dh excited ni? Cepat lah keluar! :D cravings semua dh dpt kan? Mummy plak dah get used to the idea of eating for two.. Asik nak makan jer!!

Anyway.. As long as baby is healthy and fine.. Its all worth the wait.. I'm excited to see and welcome u baby..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 5, 2010

Are u wearing the right bra size?

Ok, today nak story pasal bra, zaman dulu kalau bercerita psl hal2 camni.. Mesti rasa malu kan.. Tp nowadays, perkara-perkara mcm ni perlu dibincangkan dan dibahaskan.. Ye lah, fyi.. Sebagai seorang wanita :) ehem ehem... Ianya adalah anugerah yg sgt berharga..

Kalau di barat, rancangan tv, talk shows byk memperkatakan tentang isu-isu informative mcm ni cthnya Oprah, dan blah blah blah.. Tp dkt m'sia ni, mungkin dgn sensitivity masyarakat perlu diambil kira, dan isu mcm ni jarang kita nak ambil tahu.. Bukan mengagungkan atau menjadi ke'barat'an jika kita ambil peduli tentang hal-hal berkaitan 'women well beings' kan? A women who loves herself and people around her is the one who takes care of her well being.

Tahu tak, mengikut kajian di barat 90% daripada wanita memakai saiz bra yg salah? Yes, the fact is right. Most of us selalu terikut2 ckp jurujual dkt pasaraya, especially utk yang jarang2 membeli baju dalam.. Dia main tgk dkt dada kita,'u punya 36B..' Dan itulah ukuran yang kita pakai sampai bila-bila, dijadikan sebagai panduan membeli bra di kemudian hari.. Pelik kan mcm mana kita boleh terus 'termakan' nasihat jurujual.. Padahal, dia bukan tahu, atau nampak saiz sebenar yg terselindung di sebalik baju..

Jadi.. Marilah kita sama-sama, ambil tahu, dan ukur, cari tahu apa saiz sebenar bra kita.. After all, tak salah membetulkan yg tak betul kan?

Ok, u all bleh pg dkt site ni and masukkan measurement yg diminta, mula2 ukuran bawah bustline, ukuran atas dada, dan ukuran dada untuk menentukan cup apa yg sebenarnya utk korang2..

www.85b.org/bra_calc.php

So byk lagi web utk bra calculator nie, yg ni sebagai rujukan jer, kalau nak opinion lain try google and search under --- bra size calculator. Another way, jika anda membeli bra, carilah pakar atau org2 yang mmg tahu bagaimana nak mengukur saiz bra yg betul.. Sebelum beli, cuba dulu, dan dptkan second opinion..

Korang akan surprise bila dpt tahu, saiz bra yg kita pakai selama hari ni sebenarnya tak menepati dan tak mampu memberi sepenuh sokongan yang diperlukan.. Sayang seribu kali sayang.. Apa nak buat?

My personal opinion, when u wear something right it becomes your confident.. espc yg dah berumahtangga kan? U know how important it is, and kalau kita tak jaga diri kita, who will? Aset anugerah tuhan ni lah yg juga menjadi sumber makanan terbaik utk anak2.. Breast feeding.. So kalau tak jaga dgn baik.. Nanti nak ganti dgn apa? Plastic surgery? Dah tak original dah!?

Tapi tak terlambat utk buat perubahan kan? Jagalah anugerah yang tuhan beri tu dengan sebaiknya dan sayanglah pada diri sendiri.. A little attention goes a long way...


**fyi, this is only as info and guides, don't take them as your only sources or guides. Its always best to have second opinion.

Happy reading and calculating! ;)

Credits to google and 85b.com


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 28, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Salam Ukhuwah..~

Credits to tok wan@facebook.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 12, 2010

Tak mampu kehilangan cinta...

Ketika  kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.

Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.

Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.

Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.

Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual  dengan mesranya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.

Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.

Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.

Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.

Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.

Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.

Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.

Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.

Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.

Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.

Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.

Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.

Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk  membina sebuah keluarga yang bahagia?

Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?

Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.

Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.

Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?

Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.

Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.

Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.

Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.

Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.

Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.

Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.

Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.

Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?

Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?

Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?

Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.

Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.

Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...

Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.

Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.

Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.

Hukum-Hukum Cinta

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.

Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.

Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.

Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.

Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.

Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.

Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.

Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.

Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.

Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.

Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.

Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.

Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.

Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.

Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.

Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.

Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.

Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.

Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.

Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.

Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.

Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.

Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!

Ayuh Intai-Intai Semula

Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?

Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...

Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?

Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.

Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?

Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?

Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?

Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?

Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?

Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas  berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.

Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.

Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat  di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!

Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.

Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?

Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.

Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.

Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?

Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!

Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut  senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita  semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!

Nukilan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi from iluvislam.com


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 11, 2010

Avocado love!

Hurm.. Pelik tp benar, sy mencintai avocado! Alangkah bahagianya selepas beberapa minggu nak makan avocado, tercapai jua hajatku!

Nasib baiklah dkt pasar paya jaras ni ada jual, klu tidak! Meleleh ler aku nak memuaskan nafsu tgh mengandung! Sian anak aku!

Ape bestnye avocado ni? Kalau yg biasa menikmati, avocado sgt best kerana rasa nya yg lemak-lemak, kalau di makan dgn susu, dan campur sikit coklat atau gula.. Adoi.... Best gilee!! Gile pun tak best mcm avocado!

Kesimpulannya, makan la avocado yg best ni.. Teringat zaman duk kat auckland dulu, kalau tgh musim winter, byk gile avocado.. Plus murah makan sampai bosan! Buat salsa, buat guacamole hurm.. This just turn my food frenzy on! Sometimes, it is true when people say, food is better then sex! :p

Food facts- Avocado is a fruit and a tree. It often said to be the most nutritious fruit in the world. Avocado provides more than 25 essential nutrients such as protein, potassium, vitamin E, C, B-vitamins, folic acid, iron, copper, phosphorus and magnesium, just to name a few. Avocado also provides calories for energy and beneficial phytochemicals such as beta-sitosterol, glutathione and lutein.

Hah.... Dah tahu kan? Makan byk2 pun takpe! :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 7, 2010

31week and counting..

Alhamdulilah.. Usia kandungan dah menjangkau 31 minggu.. So hopefully everything berjalan dgn baik.. Lahir dgn baik dan selamat semua...

Start minggu ni ku dh mula mencuci baju utk di pack kedlm bag, fyi, manalah tahu ttiba plak.. Nti tak bersedia.. Ada plak org lain yg panic espc incik hubby...

Planning utk labour.. Supaya hubby ada dkt sebelah masa bersalin, tp tak tahulah... Takut dia pengsan plak... Dah mula membuat persiapan ni.. Barulah teringat, barang utk mak baby tak buat langsung.. Bengkung tak tempah lg.. Ramai suh beli.. Tp ku insist nak yg tempah, sbb klu tempah panjang sampai ke peha.. And keturunan jawa selalunya mmg sgt la pratikal hal berpantang... And hopefully aku bleh melalui confinement dgn tabah...

Perasaan ketika ini sgt happy dan excited, tp takut pun ada... Ku harap anak ini jd semangat utk aku terus berjuang dlm hidup.. Dan menjadi pengikat cinta aku dan dia... Amin!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 27, 2010

kelebihan seorang wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 25, 2010

Hari raya and weddings pix!

Hey people! it has been a wonderful raya celebrations and lotsa open home and weddings all around.. Its been a blissful raya and awesome year!

Enjoy the pix!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 3, 2010

Masam manis rumah tangga, renung-renungkanlah..

dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang


Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 2, 2010

Mencari lailatul qadr...

Telah di sebut dlm al-quran, malam lailatul qadr adalah malam yang lebih baik dari 1000 malam, korang bayangkan jer la 1000 malam tu bersamaan dgn berapa tahun.. 80 tahun.. Umur manusia pun tak capai 80, paling2 pun 60 kalau nasib baik, kalau tak dah gol dulu sebelum 50...

So marilah ramai2 kita beramal yg byk dlm bln ramadhan ni terutama sekali 10 malam terakhir ni.. Biasa lah, 10 mlm terakhir ni, selalunya kita dh sibuk buat biskut raya, pasang langsir, test baju raya, entah utk keberapakali, dn bermcm2 persiapan, yg shopping last minit jgn ckp la, time ni la paling meriah, shoping complex penuh weiii... Lagu raya dah berkumandang merata-rata... Ini bukan ckp org lain, ckp ttg diri sendiri, sbb selalu buat..
So, tahun ni azam nak tukar sikit, semuanya dlm keadaan sederhana, asalkan ada.. Lgpun, excitement nak raya tu dah kurang sikit, dgn perut yg agak boyot ni.. Bdn pun tak berapa nak sedap sgt.. Jd, ala kadar sahajalah..
Semoga kita mendapat keberkatan bulan ramdhan yg mulia ni. Harap2 kita akan berjumpaa lg di ramdhan akan datang..
Kepada semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Halal outlet..

Tolong sebar luaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut t elah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran  

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

  4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.  Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 1, 2010

Yahudi.. Lahir bijak atau diciptakan bijak?

A very interesting article untuk dimanfaatkan bersama.

Ditulis Oleh Hakim Maarouf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA.
 

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
 

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

 
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
 

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
 

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
 

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa?? tekalah sendiri..!)
 

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
 

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
 

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan
 

Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
 

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?
 

Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
 

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
 

Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
 

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
 

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
 

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

**credits to ct jaja & cheila ramadhani on Facebook**
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cool facts- Marriage

Marriage Through Time

It is believed that the first "marriage" took place when a primitive man went into a primitive woman's cave and carried her off to be his mate. He chose her not for love but for her ability to do work. Since then, of course, the idea of marriage has changed quite a lot.

Ancient Egyptians

Ancient Egyptian women had rights and privileges on par with their male counterparts. To them, a person's legal rights had more to do with social class than gender. This was unlike most other ancient societies, and even some modern ones. After marriage, women held control of their independence, property and wealth, and either person could easily get a divorce. For two people to be considered married, all they had to do was move in with each other. There was no legal or religious ceremony to formalize the union; in fact the Ancient Egyptians did not even have a word for such a ceremony. Subsequently, a wife shared control with her husband of all property obtained during the marriage. If either person died, the wife or husband was free to remarry.

Ancient Greeks and Spartans

All marriages were arranged by parents and approved by the gods in ancient Greece. Women in their early teens were married to men in their mid-thirties. A husband then had to buy his new wife from her father. Many couples did not see each other until after the ceremony, when the bridal veil was removed. On the night before the wedding, the girl's hair was cut off and she was bathed in holy water from a sacred fountain. Her childhood toys were then taken away and dedicated to a goddess. Greek wives were "owned" by their husbands, who could lend or sell them to others.

The Spartans believed that a person's athletic ability matched their fitness for marriage. Before marrying, a couple was required to wrestle in public to show their compatibility. Spartan women married in their twenties. The groom's father chose a bride for his son. Twelve months after the selection, the couple was married. During the marriage ceremony, the bride wore a white robe, a veil, and jewelry given to her by her new husband's family. The ceremony took place in the groom's tent and the festivities lasted seven days. If a woman was wealthy, she might have a husband for each house she maintained.

Romans

Roman brides wore white tunics with orange veils and orange slippers. Following the ceremony, the groom carried his bride over the threshold of their new home to symbolize his ownership of her.

Medieval Christians

Christian church marriages were thought to be made in heaven and therefore could never be broken. The father of the bride gave a dowry of land or money to the groom. If the marriage was unsuccessful, the wife and the dowry were returned to the father's home, but neither partner was allowed to remarry.

Ancient Japanese

Until the 1400s, married couples did not live together in Japan. They stayed in separate homes, meeting only at night. The old Japanese word for marriage meant, "slip into the house by night."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 29, 2010

Insuran dan Takaful, Medical Card dan Saving + Persaraan(EPF)

Tips dan info untuk dikongsi.

Panduan Memilih Takaful atau Insurans

1. Takaful atau insuran perlu dipilih ibarat memilih pasangan hidup kita. Ini adalah kerana perlindungan yang kita harapkan adalah berjangka masa panjang iaitu seumur hidup. Samalah seperti memilih suami atau isteri untuk saling menjaga ketika susah.

2. 'Tak kenal maka tak cinta". Maka panduan yang paling penting ialah kita perlu mengkaji dan mengetahui sebanyak mungkin segala informasi tentang takaful dan insuran. Selepas mendapatkan segala info barulah buat pemilihan.

3. Jumpa seberapa banyak ejen atau wakil dari seberapa banyak syarikat. Adakah wajar kita terus memilih sesuatu produk takaful atau insuran hanya selepas mendengar penerangan selama 30 minit sahaja daripada hanya seorang ejen daripada hanya satu syarikat sahaja sedangkan apa yang kita pilih itu akan menjadi teman hidup kita seumur hidup?

4. Dapatkan pendapat pengguna yang lain. Ibarat ingin membeli sebuah kereta yang biasanya kita bayar RM700.00 setiap bulan, sudah tentulah kita akan mendapatkan komen atau pendapat daripada pengguna lain. Begitulah juga takaful atau insuran, walaupun dengan bayaran serendah RM100.00 sebulan, tetapi yang penting ialah sebanyak mana peranan yang mampu dimainkan ketika kita susah.

5. Bank Negara Malaysia merupakan institusi yang mengawal industri ini di Malaysia. Maka boleh juga kita dapatkan maklumat daripada Bank Negara Malaysia.

6. Boleh juga bertanya kepada kenalan-kenalan di hospital. Kita boleh tahu syarikat manakah yang memberikan perkhidmatan terbaik dari segi pembayaran tuntutan dan sebagainya.


BIJAK
Menyimpan di ETiQa Takaful mempunyai fungsi dua dalam satu iaitu
1 - Simpanan pelaburan berasaskan syariah.
2 - Perlindungan kecelakaan.
Maka, kita merupakan pengguna yang bijak memilih simpanan dua dalam satu.

MUDAH
Dengan Kad Perubatan atau Medical Card Medic Save ETiQa Takaful segalanya menjadi mudah.
1 - Tidak perlu risau untuk membayar dahulu bil hospital menggunakan wang sendiri dahulu.
2 - Kos rawatan ditanggung oleh pihak hospital dan tuntutan terus diuruskan oleh pihak hospital
kepada pengendali takaful tanpa memerlukan pembiayaan sendiri dahulu oleh mangsa.

Kaedah tuntutan biasa :
1 - Bayar bil hospital dengan wang sendiri dahulu.
2 - Kemukakan resit resit kepada pengendali takaful.
3 - Tunggu sehingga proses tuntutan selesai..

CEPAT
Dengan Medical Card Medic Save ETiQa Takaful yang sentiasa dibawa di dalam dompet.
1 - Kita terus dapat dikenali sebagai pemegang takaful dengan cepat dan mudah jika
kemalangan berlaku.
2 - Pihak hospital tidah perlu merujuk kepada polisi asal yang biasanya di simpan di rumah
mangsa.

MURAH
Dengan pakej minimum RM100 sebulan. Bayangkan anda layak mendapat perlindungan-perlindungan bagi perkara berikut mengikut pilihan anda :-

1 - Manfaat asas kematian.
2 - Hilang upaya menyeluruh dan kekal.
3 - Kematian akibat kemalangan.
4 - Hilang upaya kekal akibat kemalangan.
5 - Perlindungan perubatan (Medical cover).
6 - Perlindungan perubatan besar (Major medical cover).
7 - Manfaat hospital (Hospital benefit).
8 - Bantuan krisis pendapatan bagi kehilangan upaya.
9 - Perlindungan krisis.
10 - Bantuan tunai mingguan.
11 - Manfaat tahunan.
12 - Penyumbang pasangan atau ibu bapa.

KURANG PENJELASAN? TUNGGU APA LAGI. HUBUNGI SEGERA EJEN TAKAFUL ANDA. KAMI SEDIA MEMBANTU MEMBERI KHIDMAT NASIHAT SECARA PERCUMA TANPA APA-APA BAYARAN.SMS SEGERA KE 019-2595297 DAN ANDA AKAN DIHUBUNGI.

KEPENTINGAN TAKAFUL

NASIB SANG BUAYA

Semasa umur 15 tahun
Mula membuat pelaburan RM200 sebulan.
3 tahun berikutnya (18 thn)
Pelaburan menguntungkan dan jumlah terkumpul mencecah RM9000.00
Meneruskan pelaburan RM200 sebulan.


5 tahun berikutnya (23 thn)
Jumlah terkini pelaburan = RM 25000.00 (sangat gembira)

MALANGNYA!!!!
Sang buaya ditimpa kemalangan ngeri. Patah 4 kaki. Jantung pun tercedera terpaksa membuat pemindahan jantung.
MALANG LAGI
Kos pembedahan RM 15000.00


Sudah tidak dapat bekerja lagi.

Jumlah simpanan hanya tinggal RM1000.00 (perlu digunakan untuk rawatan lanjutan).

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

NASIB SANG KANCIL

Semasa umur 15 tahun
Mula membuat pelaburan RM200 sebulan.
3 tahun berikutnya (18 thn)
Pelaburan menguntungkan dan jumlah terkumpul mencecah RM9000.00
Meneruskan pelaburan RM100 sebulan.
Mendapatkan kontrak takaful dengan sumbangan RM100 sebulan.
5 tahun berikutnya (23 thn)
Jumlah terkini pelaburan = RM 17000.00 (gembira)
Jumlah terkini sumbangan takaful beserta pelaburan = RM 7000.00 (gembira)
MALANGNYA!!!!
Sang kancil ditimpa kemalangan ngeri. Patah 4 kaki. Jantung pun tercedera terpaksa membuat pemindahan jantung.
NASIB BAIK
Segala kos pembedahan RM15000.00 dan 10% perubatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak takaful.
Mendapat pampasan RM 35000.00 daripada pihak takaful.
Maka jumlah simpanan + pampasan mencecah RM 59000.00 (dapat menjalani kehidupan dengan RM400.00 sebulan hasil dividen pelaburan).
Tidak perlu lagi menyimpan RM100 sebulan di takaful kerana pihak takaful akan membayar semua bayaran bulanan selepas kejadian.
Kos rawatan lanjutan ditanggung oleh pihak takaful.

MERASA SANGAT BERTUAH KERANA MEMILIH JALAN BIJAK.

NASIB SANG HARIMAU

Semasa umur 15 tahun
Mula membuat pelaburan RM200 sebulan.
3 tahun berikutnya (18 thn)
Pelaburan menguntungkan dan jumlah terkumpul mencecah RM9000.00
Meneruskan pelaburan RM100 sebulan.
Mendapatkan kontrak takaful dengan sumbangan RM100 sebulan.
3 tahun berikutnya (23 thn)
Jumlah terkini pelaburan = RM 17000.00 (gembira)
Jumlah terkini sumbangan takaful beserta pelaburan = RM 7000.00 (gembira)
BERTUAHNYA
Sang harimau tidak ditimpa apa-apa kemalangan hingga hari tua.

PENDAPATAN LUMAYAN
Jumlah pelaburan yang telah lama dikumpul telah banyak dan dikembalikan oleh syarikat takaful kepadanya untuk digunakan sebagai wang pencen.


MERASA SANGAT BERSYUKUR KERANA TIDAK DITIMPA MUSIBAH DAN MEMPUNYAI SIMPANAN HARI TUA.


TAKAFUL PENIPU

Takaful atau Insuran penipu!!!!!!!! Contoh-contoh kes yang biasa didengar.

Kes 1
Encik A(bukan nama sebenar) telah mendapatkan kontrak takaful hayat dengan bayaran RM100.00 setiap bulan yang boleh memberi pampasan sehingga RM50000.00 jika berlaku kematian, sakit kritikal atau cacat kekal. Kemudian ditimpa kemalangan yang memerlukan pembedahan memasukkan besi ke dalam kaki. Beliau dimaklumkan oleh syarikat takaful yang tiada pampasan akan diberikan. Penipu!!!!!!!!!!!

Komen : Encik A sebenarnya hanya mempunyai kontrak takaful hayat, bukannya takaful perubatan. Tiada penipuan berlaku. Yang berlaku ialah Encik A tersalah anggap takaful hayat yang beliau perolehi akan memberi perlindungan terhadap kes-kes perubatan.


Kes 2
Encik B(bukan nama sebenar) telah mendapatkan kontrak takaful hayat dengan bayaran RM100.00 setiap bulan yang boleh memberi pampasan sehingga RM50000.00. Beliau ditimpa kemalangan yang menyebabkan kedua-dua belah kaki beliau tidak dapat berfungsi(cacat sementara) dan memerlukan pembiayaan yang mahal bagi pembedahan. Beliau dimaklumkan bahawa bayaran pampasan akan dibuat hanya selepas doktor mengesahkan beliau mengalami kecacatan kekal (biasanya mengambil masa 3 bulan ke atas bagi mengisytiharkan sebarang kecacatan kekal). Maka, beliau tidak mendapat sebarang pembiayaan dan perlu menggunakan wang sendiri dahulu untuk menjalankan pembedahan.

Komen : Encik B hanya mempunyai kontrak takaful hayat, bukannya perubatan. Tiada penipuan. Beliau juga tersalah anggap dan tidak dapat membezakan antara kecacatan sementara dan kecacatan kekal.


TAKAFUL HAYAT


KEMATIAN

TAKAFUL. KEMATIAN : BAYANGKAN PADA BILA-BILA MASA MANUSIA BOLEH MENGHADAPI KEMATIAN. SIAPAKAH YANG AKAN MENANGGUNG BEBAN HUTANG SI MATI? SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM MENGAJAR KITA SUPAYA MENGINGATI MATI. JANGANLAH SI MATI MENYUSAHKAN WARISNYA MENANGGUNG BEBAN HUTANG.

BAGAIMANA MENGELAKKAN PERKARA INI BERLAKU?

HILANG UPAYA KEKAL
BAYANGKAN PADA BILA-BILA MASA MANUSIA BOLEH DITIMPA KEMALANGAN YANG MENGAKIBATKAN HILANG UPAYA ATAU LUMPUH. MAKA DIA TIDAK DAPAT BEKERJA BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN HIDUPNYA SENDIRI. SIAPAKAH YANG AKAN MENANGGUNG DAN MENYARA HIDUPNYA? SESUNGGUHNYA AGAMA MENGAJAR KITA SUPAYA TIDAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN.

KEMALANGAN MAUT :
PADA BILA-BILA MASA MANUSIA BOLEH DITIMPA KEMALANGAN YANG MENGAKIBATKAN MAUT. SIAPAKAH YANG AKAN MENANGGUNG BEBAN HUTANG DAN MENYARA HIDUP ANAK DAN PASANGAN YANG DITINGGALKAN? SESUNGGUHNYA AGAMA MENGAJAR KITA SUPAYA TIDAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN.

PENYAKIT KRITIKAL :
STATISTIK PENGHIDAP PENYAKIT KRITIKAL SANGAT MEMBIMBANGKAN. MANAKALA KOS MENGUBAT PENYAKIT KRITIKAL KEBIASAANNYA BESAR. INI KERANA PENYAKIT KRITIKAL BUKANLAH PENYAKIT KECIL YANG BIASA SEPERTI DEMAM, TERSELIUH DAN SEBAGAINYA. BAHKAN KEBANYAKAN PENYAKIT KRITIKAL BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN JIKA TIDAK DIUBATI SEGERA. PENGHIDAP PENYAKIT KRITIKAL SECARA TIDAK LANGSUNG MEMPUNYAI MASALAH UNTUK BEKERJA BAGI MENDAPATKAN PENDAPATAN.

PEMBEDAHAN PENYAKIT KRITIKAL :
STATISTIK PENGHIDAP PENYAKIT KRITIKAL YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN SANGAT MEMBIMBANGKAN. MANAKALA KOS PEMBEDAHAN PENYAKIT KRITIKAL KEBIASAANNYA BESAR. INI KERANA PENYAKIT KRITIKAL BUKANLAH PENYAKIT KECIL YANG BIASA SEPERTI DEMAM, TERSELIUH DAN SEBAGAINYA. BAHKAN KEBANYAKAN PENYAKIT KRITIKAL BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN JIKA TIDAK DIUBATI SEGERA. PENGHIDAP PENYAKIT KRITIKAL SECARA TIDAK LANGSUNG MEMPUNYAI MASALAH UNTUK BEKERJA BAGI MENDAPATKAN PENDAPATAN.

BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH KEWANGAN MENGUBATI PENYAKIT INI?

36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL
1 - Serangan jantung
2 - Penyakit koronari arteri(saluran darah) yang memerlukan pembedahan.
3 - Strok.
4 - Kanser.
5 - Kegagalan ginjal (buah pinggang).
6 - Punyakit lumpuh / paraplegia.
7 - Pemindahan organ utama (buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, sum-sum tulang)
8 - Sklerosis pelbagai / berbilang (saraf)
9 - Hepatitis virus fulminan (kegagalan hati).
10- Hipertensi arteri pulmunari utama(saluran jantung utama).
11- Koma.
12- Buta.
13- Penggantian injap jantung.
14- Pembedahan aorta.
15- Penyakil alzheimer (mental).
16- Hilang pendengaran / pekak.
17- Hilang kebolehan bertutur.
18- Kebakaran parah (sekurang-kurangnya 20 % permukaan badan).
19- Penyakit membawa maut.
20- AIDS akibat pemindahan darah (bukan seksual atau dadah).
21- Penyakit motor neutron.
22- Penyakit Parkinson.
23- Penyakit hati yang kronik.
24- Penyakit paru-paru yang kronik.
25- Anemia plastik (kegagalan sum-sum tulang).
26- Distrofi otot.
27- Poliomielitis (virus polio).
28- Meningitis bakteria.
29- Tumor otak benigna(otak).
30- Ensefalitis(otak).
31- Full blown AIDS.
32- Lain-lain penyakit koronari arteri yang serius.
33- Pembedahan otak.
34- Sindrom apalik(otak).
35- Trauma kepala utama.
36- Kehilangan tangan atau kaki.

KAMI ADA JALAN PENYELESAIAAN


Hubungi saya segera
019-2595297@email

amerz.khalid@yahoo.co.nz

TAKAFUL PERUBATAN

PEMBEDAHAN ETiQa TAKAFUL

1. KULIT
a. Kulit, Kelecuran (lebih dari 10%), Pembalutan
b. Kulit, Kelecuran, Pemotongan
c. Kulit, Keratoses / Ketuat / Ketumbuhan seumpamanya, Pemotongan
d. Kulit dan Tisu Subkuteneus, Bahan Asing, Pembuangan
e. Kulit dan Tisu Subkuteneus, Hemagioma / Lymphangioma (ekstensif dan kompleks), Pemotongan
f. Kulit dan Tisu Subkuteneus, Hemagioma / Lymphangioma (kecil), Pemotongan
g. Kulit dan Tisu Subkuteneus, Pemotongan Pundi Sabaceous
h. Kulit dan Tisu Subkuteneus, Ketumbuhan / Pundi / Ulser / Sinus, Pemotongan
i. Kulit dan Tisu Subkuteneus, Debrid Luka
j. Kelenjar Peluh, Hiperhidrosis Askilari, Pemotongan Baji
k. Sarung tendon dan Tisu Subkutaneus, Ganglion, Bursa Kecil, Pemotongan

2. SISTEM MUSKULOSKELETAL
a. Pergelangan Kaki, Patah, Pengurangan Terbuka dan Fiksasi Dalaman
b. Arteri-Kecil, Kecederaan, Pembaikan (satu / berganda)
c. Tulang, Berbagai Lesion, Biopsi
d. Jari, Trauma, Penanaman semula
e. Jari, Berbagai luka, Amputasi (satu)
f. Tangan, Kecederaan kompleks, Pembaikan / Pembinaan Semula Mikrosurgikal
g. Pinggang, Berbagai Lesion, Penggantian sendi sepenuhnya
h. Sendi (tangan dan kaki sebelah bawah)Arthritis Septik, Penyaliran Mudah
i. Sendi (Temporo-mandibular), Berbagai Lesion, Menisectomi
j. Lutut, Terkehel, Pengurangan Terbukan dengan Pembaikan Ligamen
k. Lutut, Berbagai Lesion, Menisectomi dengan / tanpa Arthroskopi
l. Lutut, Berbagai Lesion, Penggantian Sendi Sepenuhnya
m. Tangan dan kaki bahagian bawah, Amputasi Traumatik, Penanaman semula besar
n. Tangan dan kaki bahagian bawah, Amputasi
o. Mandibel, Berbagai Lesion, Reseksi Segmental dengan Graf Tulang
p. Maksila, Berbagai Lesion, Reseksi / Hemimaksilektomi
q. Otot (tangan dan kaki) , Pecah, Pembaikan
r. Pelapik kuku, Luka
s. Saraf (tangan dan kaki), Sindrom Tembusan Carpal, Pelepasan (sebelah pihak dengan Endoneurolisis)
t. Saraf (tangan dan kaki), Sindrom Tembusan Carpal, Pelepasan (dua belah pihak dengan Endoneurolisis)
u. Patela, Terseliuh Berulang / Chondromalacia, Pembinaan Semula
v. Tulang belakang, Sakit Kronik / Kekebasan, Manipulasi
w. Tulang belakang, Cakera Prolaps, Laminektomi / Fanestrasi dengan Diskektomi
x. Tendon-tumit (tangan dan kaki bawah), Gangguan, Pembaikan
y. Pembalut Tendon (tangan dan kaki tas), Jari Peletuk (satu), Pelepasan

3. SISTEM PERNAFASAN
a. Bronkus, Bahan Asing, Pembuangan (Bronchoskopik)
b. Diaphragm, Ketumbuhan, Pemotongan
c. Peti suara, Ketumbuhan, (Berbagai Lesion), Laringektomi
d. Peti suara dan Teachea, Berbagai Lesion, Pembedahan Mikro utama tanpa pembinaan semula
e. Paru-paru, Berbagai Lesion, Pnemonektomi / Lobektomi / Reseksi
f. Semental / Ulangan / Reseksi Berganda
g. Thoraks, Efusi Pleural, Aspirasi dan / atau Paracentesis
h. Thoraks, Berbagai Lesion, Pembedahan Intrathorakik ke atas Paru-paru / Bronchial Pokok / Mediastinum / Thorakoplasti
i. Trachea, Berbagai Lesion, Pembinaan semula Trachea


4. SISTEM KARDIOVASKULAR
a. Aorta, Aneurisma Aorta, Pemotongan dan Pemasukan Graf
b. Arteri, Fistula Arterio-venous, Pemotongan
c. Arteri, Trauma / Reseksi, Anastomosis Arteri / Graf Mikrovaskular
d. Arteri, Berbagai Lesion, Femoral Aksilari / Pintasan subclavian-femoral
e. Jantung, Penyakit Koronari, Angioplastri (transluminal)
f. Jantung, Penyakit Koronari, Graf Pintasan Arteri Koronari
g. Jantung, Blok Jantung, pemasukan / penggantian elektrod pengatur denyut transvenous
h. Jantung, Berbagai Lesion, Jantung / Pemindahan Jantung dan Paru-paru
i. Jantung, Berbagai Lesion, Katerisasi Jantung Kiri / Kanan (terus)
j. Jantung, Penyakit Valvuvar, Pembedahan Jantung Terbuka
k. Saluran darah, Berbagai Lesion, Pintasan / Graf


5. SISTEM HAEMIK & LYMPATIK
a. Nod us Limfa, Berbagai Lesion, Pemotongan terhad atau Radikal / Diseksi Blok
b. Nodus Limfa, (satu), Berbagai Lesion, Biopsa Pemotongan
c. Lumpatik (muka dan tengkuk), Pemotongan Hogroma Pundi
d. Lympatik, Lymphedema, Pemotongna(kecil)
e. Lympatik, Lympedema, Pemotongan (ektensif dan kompleks)
f. Sumsum, Berbagai Lesion, Aspirasi Dignostik
g. Sumsum, untuk Berbagai Lesion, Penuaian
h. Limpa, Splenektomi
i. Anak tekak, Saliran
j. Anak tekak, Berbagai Lesion, Pembuangan dengan / tanpa Adenoidektomi


6. SISTEM PENGHADAMAN
a. Kaviti Perut, Lekatan, Lisis
b. Kaviti Perut, Berbagai Lesion, Pecahan Berganda, Pembaikan / Pemindahan Besar
c. Kaviti Perut, Berbagai Lesion, Laparotomi
d. Kaviti Dinding, Hernia, Pembaikan
e. Apendiks, Berbagai Lesion, Apendikektomi dengan / tanpa Saliran
f. Dubur, Prolaps, Ano-Rektal, Pembedahan Radikal
g. Dubur, Fistula-in-ano, Fistulektomi & kolostomi
h. Dubur, Hemoroid, Hemoroidektomi
i. Dubur, Abses Perineal
j. Duktus Hempedu, Berbagai Lesion, Choledocho-Jejunostomi / Hepatico-Jejunostomi
k. Kolon, Berbagai Lesion, Kolektomi
l. Duodenum, Ulser, Gastrektomi Sabahagian / Vagotomi
m. Esophagus, Ketumbuhan, Esophagktomi Penuh
n. Esophagus, Varices, Devaskularisasi Gastro-Esophageal dengan Transeksi Esophageal
o. Pundi Hempedu, Berbagai Lesion, Kolecystektomi
p. Usus, Intussuskepsi, Laparotomi dan Pengurangan
q. Bibir, Berbagai Lesion, Pemotongan Baji ketebalan penuh dengan pembaikan / vermilionektomi
r. Hati, trauma / Ketumbuhan, lobektomi
s. Hati, trauma / Ketumbuhan, Pemindahan Hati
t. Mulut, Ketumbuhan Menular, Pemotongan Lebar dan pembinaan semula besar
u. Mulut, Pundu Mukus / Ranula Lantai Mulut, Pembuangan
v. Pankreas, Berbagai Lesion, Pankreatektomi / pakreatektomi Penuh
w. Parotidektomi Ketumbuhan parotid
x. Rektum, Berbagai Lesion, Perineal Perut Tarik melalui Reseksi Anastomosis Calo-Anal
y. Retro-Peritonium, Abses, Saliran
z. Retro-Peritonium,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Did you know?

What your handwriting means :

If letters slant to the left: Indicates introspection and a lot of emotional control.

If letter slant to the right: Reveals a person who's outgoing, friendly, impulsive, and emotionally open.

If letters are straight up and down: The sign of someone who's ruled by the head, not the heart.

Letters that slant in more than one direction: Indicates versatility and adaptability.

An erratic slant: Usually means a lack of flexibility.

Heavy pressure writing (like you can feel the rib made on the back of the paper): The writer is agitated.

Moderate pressure (the writing is dark, but you can't feel the rib on the other side of the paper): Shows ability to deal with stress.

Light pressure: Indicates someone who seems to take life in stride.

Tiny letters: Indicate the writer is has somewhat low self esteem but is intelligent.

Small letters: The hallmark of quiet, introspective types – they're generally detail-oriented and have good concentration.

Large letters: Sign of a confident, easygoing individual.

Huge letters: Indicate someone who's theatrical, usually loud, and needs to be the center of attention at all times.

Wide letters (their width and height are about the same): The mark of someone who's open and friendly.

Narrow letters: Show someone who's somewhat shy and inhibited but very self-disciplined.

Letters that don't touch: Indicate an impulsive, artistic, sometimes impractical free thinker.

Some letters connecting: Means the writer's personality blends logic and intuition.

All letters making contact: The sign of someone who's highly cautious.

A curved first mark: Shows a person who's traditional and plays by the rules.

A straight beginning stroke: Reveals someone who's rigid and doesn't like being told what to do.

A final stroke straight across: The writer is cautious.

An end mark that curves up: Reveals generosity.

Perfect penmanship: The hallmark of a communicative person.

An indecipherable scrawl: Indicates a person who's secretive, closed-up and likes to keep his thoughts to himself
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 27, 2010

My baby

To those who follows, thank u lovely people!
My recent updates are photos of my scans! Baby is moving tremendously active, doctor didn't manage to capture the photos of the baby, but the tiny little feet that always kicking!
Wait, there'll be more... Who wanna guess the gender of the baby??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 11, 2010

Lonely friday nite...

OMG! Bosannya mlm ni.. I have been alone most of these day.. Apa nak buat...?? No one is home but me..
And the thing about pregnancy is this loneliness really get to my head.. Mengapakah.. ?? Really am hoping this didn't make me do crazy things..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 2, 2010

Penantian ku berakhir sudah..

Alhamdulilah setelah 3 tahun penantian... Sujud dan syukur aku disahkan mengandung 12 minggu..
Gembira? Tuhan saja yang tahu, setelah puas berendam air mata, menahan tohmahan, kejian, dan kesedihan yg tak tlupa dtg dgn stress yg sgt azab...
Sepanjang ni lah, mabuk tgh teruk, maha azab, aku anggap semuanya satu dugaan, dan sakit itu penghapus dosa.. Semoga anak yang ku kandung ini, lahir dlm keadaan yg sempurna sihat zahir dan batinnya.. Walaupun.. Stress yg dtg waktu mengandung lebih azab dr segalanya.. Terima kasih pd yang banyak membantu dan memahami especially Mr.Hubby, and adikku, family and in laws help me going thru the emotional roller coaster.. I can be irrational most of the time and yes, life isn't a bed of roses.. I felt the thorn pinched and hit my pricking skins..
I have been craving for a lot of sour food, and thank you for those around me, who's been nothing but supportive and treats me nothing but A-Princess-like... I have all I ever wanted in life.. The month of may and june brought a lot of tearful joy to me, I celebrated my 25th birthday, celebrated my 3rd year wedding anniversary and pregnant with a baby... All I ever wanted in live is in front of me to celebrate and be thankful for..

To my beloved husband... Thank u for being there to rub my back when I'm at my worst sickness and being there to tuck me in bed, till I fell asleep.. I can never be alive without u by my side, even going thru this first trimester with lotsa puke that I knew, u couldn't bare seeing me suffer.. Thank u for still loving me for all my weaknesses and my lack of virtue as a wife.. I know I needed to learn more..coz I needed u more then u could ever imagined..
I'm looking forward to being a mom, and I knew u can't wait to be a papa yourself.. And my ever hopeful wish that this child will tie us forever till death do us apart...Aminnn...InsyaAllah..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 3, 2010

perginya seorang seniman....

Photobucket
 
Tergempar hari selasaku,.. sedang duduk2 berehat selepas asar, membelek blackberry.. sambil ber-fb, ber-twitter tiba-tiba ada cerita din beramboi masuk hospital... Ingatkan cuma kesakitan biasa rupanya.... denggi berdarah.... lantas aku pergi untuk menghulur bantuan derma darah.. mungkin dengan cara itu, dapatlah kiranya membantu sekadar cuma....tapi sesampainya di hospital selayang, pihak hospital kata, bekalan darah untuknya sudah mencukupi....alhamdulilah... lega hati mendengar...
Hari khamis, banyak benar twitts, dan shout di facebook... rupanya jam 12.30am diawal hari jumaat...Yang Maha Esa telah menjemput rohnya.. Din Beramboi sudahpun meninggalkan kita,.. dalam hati timbul rasa keinsafan... sedih....kehilangan lagi salah satu keceriaan setiap pagi ku... sambil dalam hati lega kerana tuhan cabutkan kesakitan dari badannya dan berdoa... tuhan cabut nyawanya...kerana Allah sesungguhnya lebih menyayangi dia...
Menulis coretan kali ini, terasa sedikit asing dan ganjil.. kerana selalunya... waktu pagi,,, dia hiasi dengan tawa dan jenaka Din Beramboi bersama Aznil.. di corong radio ERA.... sedih rasanya.. sayu hati.. sudah tentunya... keluarga arwah lebih merindui.. dan sayu dan pemergiannya...
Dan kini, pagi-pagiku sangat suram.......
Masih ingat dibangku sekolah Din Beramboi pernah merakam recording.. his own stand up comedy... lawak jenakanya sangat bersahaja... walaupun kedengaran bodoh.. mampu buatkan aku ketawa.... walaupun aku selalu rasa praktikal jokes adalah lawak yang sangat bodoh... tapi untuk Din Beramboi... aku hormat.. kerana lawaknya sangat bersahaja...
Perginya Din Beramboi atau Mior Ahmad Fuad Mior Badri bererti hilanglah seorang lagi seniman negara yang berbakat....yang penuh dedikasi....sangat 'down to earth' ...... perginya mungkin tiada ganti... 
 
 
Al-Fatihah.......
Moga rohmu tenang di persemadian disisiNya, Yang Esa...