Tuesday, July 26, 2011

Tiupkan aku semangat baru...

Aku selalu memikirkan segala tindak tanduk, kata-kata yang aku lontarkan, perilaku yang aku tingkahkan.. Tapi setiap kali itu jugalah aku akan tersilap langkah.. Dengan setiap gerak-geri yang hati-hati itu jugalah sentiasa aku rebah dan kalah dengan dugaan yang maha kuat..

Terlalu kerap memikir.. Buruk baik segala tindakan.. Terlalu asyik memikir untuk berbakti untuk orang-orang sekeliling, tapi kerana keasyikan itu, selalu aku tewas dan usaha ku sia-sia memakan diri sendiri.. Dan kini, akhirnya aku terpaksa menelan kepahitan, memamah segala salah laku walau dengan niat yang tulus dan semua semangat aku menjadi abu.. Adakah salah takdir atau salah percaturan sendiri...

Hilang semangat ku.. Rasa longlai seluruh tubuhku.. Sesak dada,.. Sejuk seluruh jari-jemari.. Menghitung segala detik.. Berkira-kira bila agaknya nasib akan berubah.. Mengharap ehsan dan belas yang entah bila akan pudar... Mencuba untuk mengubah hidup tapi menjadi beban..tetap menjadi parasit..
Salah siapa? Salah mereka yang menipu? Atau salah aku? Takdir yang tidak adil? Atau aku tak mengadili diri sendiri, dan mentadbir diri dengan baik..

Aku mengharap mentari, mencari sinar disebalik kegelapan dan kesuraman ini.. Entahkan hari ini, entahkan esok.. Entah bila akan berakhir semua ini..entah bila semua ini akan berubah..
Terus mengharap dan menanti yang tak pasti...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 16, 2011

Fakta : Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah!

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. 

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsikan sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaranhaid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1) : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2) : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3) : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4) : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 15, 2011

Aku sedang duka..

Sejak dua menjak kebelakangan ni.. Hari-hari aku di rudung duka.. Satu perasaan yang cukup-cukup kecewa, dan tak bermotivasi..
Banyak benda yang diharap, dicita-citakan yang ditunggu..semuanya belum menjadi kenyataan.. Alhamdulilah, masih diberi rezeki dan rahmat dari allah dengan kudrat yang masih kuat untuk ku kerah demi mencari rezeki dan keredhaan allah, kesihatan yang baik untuk ku teruskan usaha dan bisnes kecil-kecilan yang ku mulakan, keluarga yang lengkap.. Memang tiada cacat cela hidup aku, aku sangat bersyukur.. Dalam kekurangan yang aku rasakan, sebenarnya aku lebih kaya dari mereka yang tak kenal siapa keluarga mereka.. Lebih kaya kerana masih diberi kesempatan untuk berusaha walau entah keberapakali aku tersungkur, terduduk menelan kegagalan.. Mahu saja aku merintih, tapi untuk apa dan untuk siapa? Telah berkali juga aku bangun dari kegagalan..tersungkur.. Terduduk, menelan segala pahit maung kegagalan..bertanya apakah aku mampu bangun semula dari kegagalan ini..tetapi setiap kali itulah aku bangun.. Dan setiap kali itulah aku bertanya tak cukup lagikah apa yang aku usahakan? Tak cukup lagikan keringat, air mata dan pengorbanan yang telah aku buat? Dimana silapnya? Tolonglah beritahu dimana silapnya? Kenapa aku masih belum mencapai puncak jaya?
Adakah aku orang yang gagal? Gagal mengenal potensi diri sendiri? Atau gagal mengambil peluang?

Aku perlukan tunjuk ajar, jadi berilah aku tunjuk ajar, pukullah aku bila perlu supaya ilmu itu masuk ke setiap ruang zarah otak ku. Aku perlukan pengalaman jadi aku perlu membuat segala kesilapan supaya aku kenal erti belajar dari pengalaman.. Aku perlukan motivasi untuk menggerak segala sendi dan kekuatan jati diri ini..
Dan aku perlukan semangat untuk aku gerakkan setiap satu anggota dari tubuh badanku..untuk melawan kata-kata negatif yang selalu menyesakkan dadaku..

Soalnya bila semangat juang aku ini akan kembali?

Wahai hati yang duka.. Zikirlah.. Hanya itu ubat untuk kedukaan.. Kerana setiap rintihanku, kesedihanku, dan keluh kesahku.. Hanya Dia yang maha mengetahui.. Segala sesuatu yang dibumi dan disegenap pelusuk alam.. Dan aku pasti Dia punya perancangan yang baik untuk aku di masa depan..
Aku perlu belajar bersyukur.. Dan terima hakikat, hidup yang aku lalui adalah yang terbaik untuk aku..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.