Thursday, November 26, 2009

my thoughts


Manusia... manusia... kalau orang diam dengan ape yang kau dah buat, kau rasa kau boleh teruskan.... kenapa dengan kau manusia?....

Lagi-lagi keluh kesah aku...... kerana ape? Ape lagi? sebab aku takde anak jadik masalah yang berpanjangan.... So siapa yang baca ni, dan sila lah ambik perhatian ye... kalau saya perlukan nasihat, info, pelajaran dari anda,.. saya akan tanya, tapi buat masa ni saya tak perlukan pelajaran, info, nasihat, petua dari anda.. Saya bukan nak jadi bodoh sombong, tapi saya taknak jadi orang tertekan dan jadi orang yang takde 'sense of belonging '... hanya kerana alasan, saya ini sudah tertekan dengan persoalan ini... persoalan anak ... Soal zuriat bukan di tangan saya... Tapi di tangan Allah SWT.


Saya tertanya sendiri... termenung seketika mengenangkan drama lara yang terjadi ke atas diri sendiri.. Tertanya kenapa kerana diam saya, tak ambil tahu hal orang lain.. menjadikan saya mangsa , kerana luahan saya kan? kerana diam saya , ade pihak2 yang tertentu yang ambil kesempatan atas sifat diam saya? Jadi tiba masanya... ini adalah masa yang sesuai untuk saya bertanyakan soalan pada pihak yang merasa diam saya itu, satu green light pada mereka untuk berbuat dan bercakap sesuka hati.


Adakala, hati ni menjadi sangat memberontak.. nak bercampur gaul dengan orang pun rasa malas... sebab dah tahu, mesti orang akan bertanya perihal anak.. Nak pergi kenduri kendara pun malas, kalau gathering family, meluatnya.. kalau nak pergi visit lagi la menyampah.. sebab dah hafal semua soalan dan taktik orang akan tanya apa bila jumpa dengan saya nanti.. Saya tahu dan sedia maklum.. 'mulut orang tak boleh di tutup' tetapi bila bertanya itu ini yang menyakiti hati orang lain dibolehkan.... dan saya meluah perasaan satu kesalahan besar... kan?


Sebab orang melayu sepatutnya, menyembunyikan perasaan, atau tidak puas hati... berdiam diri.. tapi kalau mengguna taktik kotor, berbomoh atau berdukun .. untuk membalas sakit hati yang terpendam itu boleh diterima pakai... Tapi.. pelajaran untuk menghormati dan memahami perasaan orang lain itu semuanya dah luput.. sebab nilai-nilai murni tak perlu diajar.. semua dah cukup bijak pandai..


Kenapa anda tak mahu ikut resam padi... "makin berisi, makin tunduk" tapi .... tak... anda lebih suka jadi macam ayam kan? "bertelur sebijik riuh sekampung"..... Adakah kejayaan anda mendapat 'seorang' cahayamata melayakkan anda untuk menjadi penasihat tak bertauliah? mengajar bagaimana seks yang sepatutnya? posting notes itu dan ini, forward email itu dan ini, dengan alasan untuk berkongsi info.. pernahkah saya minta untuk anda berkongsi semua itu dengan saya? biar pun terlepas pandang.. kerana kalau saya mahu, saya akan tanya.. dan cari tahu.. saya tabik hormat pada anda, kerana hujah anda mengalahkan pakar sakit puan, malah mengalahkan dr. hamid arshat.


So. anda rasa anda dah hebat ye? anda rasa anda ade super power ye? Jadi ade pernah kah saya mintak petua dari anda? tidak kan? jadi kenapa anda terlalu sibuk sangat nak kongsi itu dan ini dengan saya, sedangkan saya tak pernah mintak? ye saya tahu saya sangat bodoh, dan anda sangat bijak pandai , kawin dan dapat anak. Sedangkan saya sangat bodoh, sebab kawin tak dapat anak seperti anda. kalau saya bijak pandai seperti anda mesti saya dah pun dapat anak, macam anda jugak... saya sangat respect dengan anda sebab anda rasa ape yang anda buat tidak salah dan semua yang saya buat, salah belaka, dan saya sangat tak paham ape issue keluarga yang dah sy babitkan dalam penulisan blog saya.. sudah puas saya mengorek archives blog ni, tidak satu pun saya lihat saya menceritakan hal keluarga, apetah lagi memburukkan keluarga... Tetapi kalau kerana perihal bercerita ,...itu menjadi aib, maaf saya pinta, memang saya khilaf...


Memang saya banyak buat kesilapan , dari kebodohan saya apa lagi, meluah perasaan yang membuatkan anda terasa hati, ... tapi nasihat saya.. " orang yang makan cili, yang tahu akan pedasnya .." jika anda tak berbuat ape2 dengan niat, terlindung, tersembunyi .. atau secara terang... tak mungkin anda akan terasa dengan luahan yang saya tulis..kerana ianya bersifat general...umum.


Pernah kah saya bertanya ape? mengapa? bagaimana? tentang urusan hal peribadi anda, ataupun keluarga anda? sebab itu tak perlu saya tanya, sebab itu urusan anda, dan saya tak suka masuk campur urusan anda. tapi anda sangat suka ambil tahu urusan saya kan? Sekarang anda tahu saya jenis orang macam mana?


Saya orang yang takkan benarkan orang lain menindas ape lagi membuat perasaan saya terluka, saya bukan tikar getah dirumah anda, untuk anda pijak-pijak ikut suka hati anda. Kerana saya... bila anda baik dengan saya,... dengan baiklah saya akan melayan anda. tetapi bila anda buat kurang ajar dengan saya, saya akan jadi 10 kali lebih kurang ajar dengan anda.



Jadi, anda punya sangat banyak masa untuk hantar itu dan ini kepada saya dengan alasan anda wakil jualan syarikat itu dan ini, saya pun meniaga, tetapi belum pernah saya buat jualan dan pendekatan yang saya ambil untuk melariskan jualan saya dengan cara, membuat future customer merasa rendah diri , dan marah dan anda expect orang itu akan membeli dgn saya? selling approach yang memang takkan berjaya.


Jadi next time nak nasihat orang, anda lihatlah diri anda dulu... semua orang ade kekurangan dan saya sendiri memang banyak kekurangan. Tapi saya tak sesuka hati beri pandangan atau nasihat pada sesiapa kalau tak diminta, sebab saya memang bodoh, tak bijak dan tak pandai. Saya tahu mana saya patut bawak keprihatinan saya ke saluran yang betul.


Jadi, saya nak terima kasih dengan keprihatinan yang tak 'diundang' daripada anda. kepada anda, silalah jaga tepi kain sendiri, saya tahu anda terlalu sempurna, mempunyai hidup yang sempurna dan keluarga yang sangat sempurna. Saya memang hina dan bodoh kerana tak mempunyai keluarga yang sempurna dan cahaya mata kebanggaan keluarga seperti anda. Jadi bergembiralah selagi ianya milik anda, kerana hari ini anda di atas.. dan saya di bawah...kalaupun saya bertelagah, dalam rumah tangga, itu bukan urusan anda.


Jagalah urusan kehidupan anda, kerana anda jugak akan merasa marah kalau orang lain 'menyibuk' tentang hal rumah tangga anda, apelagi menasihat tentang itu dan ini tanpa permintaan dari anda. Anda pun perempuan macam saya, selagi anda belum merasa 'racun yang pahit' dari suami, jangan lah ringan mulut nak berkata itu dan ini.. sebab bila anda dah merasa.. barulah anda tahu sakit dan peritnya.


Anda pikirlah sendiri...anda orang dewasa yang tak perlu di ajar kerana anda memang bijak pandai.. tapi sebagai orang dewasa jugak.. gunakanlah kebijaksanaan kepandaian anda untuk berfikir apa akibat perbuatan atau kata-kata anda pada seseorang.. kalau sememangnya anda tiada niat.. sudah tentu anda tak 'terasa hati' dengan penulisan saya. Apalagi nak berbalas dengan cara yang menyakitkan hati masing-masing.
Saya pasti anda sendiri tak suka pertelagahan, dan bermasam muka... kerana saya lebih suka sikap berterus terang... dan bukan dengan ringan mulut bercerita 'ketidak puasan hati' ...dengan orang yang tidak tahu menahu hal sebenar, apelagi tidak langsung membaca perkara yang menjadikan issue itu..
Dan Saya tahu nama saya dah pun buruk.. tapi saya tak peduli sebab saya bukan orang yang suka menjaja cerita.. supaya orang lain dapat aib.. kerana itu tak menjadikan saya seorang yang mulia.

Ingatlah, dalam dunia dan dalam hidup ini, ada perkataan 'KARMA'.. ape yang kita buat akan di balas, baik atau buruknya. Apa yang kita ada hari ini, adalah pinjaman tuhan.. esok mungkin dia akan ambil semua pinjamanNya... dan kerana itu.. saya redha jika tuhan belum memilih saya untuk diberi 'Anugerah atau pinjaman'... kerana saya percaya tuhan ada perancangan lain untuk saya.


~~~~~~******~~~~~~


Dear to all readers,


i know my story is a long, neverending stories that really sickening.. even to me.. but please ... I am just tired of the same depressing questions..... you guys will also feel the pressure if you are in my shoe.. so be wise and thoughtful whenever you're asking anyone a questions.. your words may hurt someone, even words can be your own enemies... So please choose your words carefully.. your words can either eat you or or it bite you back...

No comments:

Post a Comment